Wednesday, 11 May 2011

kelantan V negeri Sembilan 10/05/2011

kelantan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 ketika menentang negeri sembilan di stadium tuanku abdul rahman paroi.keputusan ini meyaksikan kelantan turun ke tangga kedua selepas selangor menang perlawanan dengan kedah.mutu pengadilan yang rendah serta keputusan penjaga garisan yang tidak tepat antara faktor yang meyebabkan pemain ,pihak pengurusan serta para penyokong kelantan tidak berpuas hati dengan keputusan akhir perlawanan tersebut..terdapat beberapa insiden panas dari pada penyokong negeri sembilan yang memprovokasi penyokong-penyokong kelantan.antaranya ialah balingan mercun diminit-minit akhir perlawanan serta kejadian membakar bendera kelantan...apakah ini sebenarnya sifat penyokong pasukan negeri sembilan...mereka menyamakan kejadian bakar bendera itu dengan kejadian membakar kerusi di Stadium Bukit Jalil pada Final Piala Malaysia 2009...adakah nilai sebuah bendera lebih "murah" dari nilai sebuah kerusi...sebuah Bendera melambangkan kedaulatan sesebuah kerajaan...apabila bendera di bakar atau dipijak maka itu akan menghina kedaulatan sesebuah kerajaan...alangkah singkatnya pemikiran penyokong negeri sembilan kerana satu perlawanan bola sepak bendera negeri pasukan lawan dibakar...ini menunjukkan penyokong-penyokong pasukan kelantan lebih baik dari mana-mana pasukan di malaysia....sejahat-jahat mereka pun tidak pernah membakar bendera pasukan lawan...bak kata ore kelate :kecik kecik tok se nok mapuh besa besa wat nyusoh kok re...

No comments:

Post a Comment